Monday, 22 October 2012

Benarkah Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012?



Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Kesan Buruk Tutup Laptop Tanpa Shut Down



kesan buruk jika x shutdown ~

Mesti ada di antara korg yg suka tutup laptop tanpa Shut Down  terlebih dahulu bukan? memang ada,ni kerana disebabkan malas hendak menunggu proses shut down yang agak mengambil masa. Tetapi tahukah anda, ada kesan buruk jika tutup laptop tanpa shutdown..Mari baca info ini.
Antara kesan buruk menutup laptop tanpa shutdwon ialah :-
1. Kehilangan data pada registry dimana semasa komputer dalam proses pengendalian atau masih beroperasi, komputer akan mendaftar atau registry komponen komputer yang tersedia ada atau pun applikasi yang telah digunakan, ini akan mengakibatkan komponen atau aplikasi tidak dapat disimpan pada registry, ianya akan mengakibatkan sistem recovery tidak berfungsi sebaiknya.
2. Akan mengurang jangka hayat komponen komputer dimana semasa komputer dishutdown unit pemprosesan atau pun processor memberi arahan kepada bios untuk memberhentikan segala kerja komponen yang terdapat,ianya jugak mengawal arus keluar masuk pada komponen, jika anda mematikan komputer dengan arus tidak betul lama kelamaan komponen anda akan cepat rosak.
3. Processor akan mudah rosak dimana semasa shutdown bios akan memainkan peranan penting bagi mematikan fun cooller pada processor, jika ianya dimatikan secara mengejut maka tersentak processor.
4. Memory mudah rosak dimana semasa shutdown sistem memory atau cache akan dikosongkan, ianya akan mengakibatkan kerosakan pada memory.
5. Hard disk rosak dimana jika sistem operasi tidak ditutup secara shutdown dan betul mengikut langkah, makan berkemungkinan cakera yang terdapat pada hard disk mudah rosak, kerana bekalan arus terdapat dimatikan secara mengejut, head atau kepala hard disk akan cepat rosak.

Friday, 19 October 2012

Petua Hilangkan Jerawat


Masuk bab jerawat nie,mesti korg x suka kn.Sda la b'bintik2,merah2+sakit gler bla m'bsar.Stress bla tmbuh sebiji jerawat,apa lg klu b'biji2 kan.Siapa yg ska muka b'jerawat kan.nie nk bagi ckit tips hilangkan jerawat kt muka tu.

Korg tau x "Eskinol"..?Hah,bnda nie la sy nk crta ckit.Msti korg pernah dengar produk ni yg x glamer sgt.


macam2 jenis eskinol ada jual kt luar tu.


Terdapat 3 size , 75mls, 135mls, 225mls . Make sure beli eskinol yg ori yer. Setiap satu jenis ada keistimewaannya tersendiri, ramuan yang sama tetapi dicampur dengan extrak buah-buahan segar yang tinggi kandungan vitamin yang bagus untuk kulit wajah.



Selepas korg beli eskinol ini, jgn lupa beli ubatNya sekali.Bukan ubat untuk ditelan/dimakan/direndam dalam air macam panadol soluble tu, tapi ubat yang dicampur kedalam cecair Eskinol untuk kesan yang lebih mujarab.Korg letak 2 biji dlm eskinol yg saiz bsar tu,klu t'lampau byk nnt kulit kelihatan kering pula.DinasihatKn spy tnya jg dgn pharmacist dlu tu yer,spy lbih tau kn.
pil tidact clindamycin


Capsule DALACIN C (Clindamycin Phosphate) RM2.50 sebiji di farmasi (depends on pharmacy). Biasanya ESKINOL dijual difarmasi, so korang boleh beli sekali. dan mnta tlg cmpurKn sekali kt eskinol korg tu.

Cara2 apply ESKINOL nie:-


1st: cuci lah muka seperti biasa dengan pencuci muka yang sesuai dan air yang bersih. 
2nd: lap kering muka dengan tuala bersih.
3rd: gongcang dulu botol eskinol tu untuk mencampurkan ubat yang mendak dibawah.
4th: basahkan kapas dengan ESKINOL dan sapu di seluruh muka dan leher.
5th: untuk kesan yang cepat sapulah setiap kali selepas mandi dan cuci muka dan malam sebelum tidur.


Monday, 15 October 2012

Tips Merawat Jerawat

Salah satu cara untuk menghilangkan jerawat adalah mengawal cara pemakanan kita. Tidak salah jika saya menyatakan diet atau cara pemakanan kita adalah faktor terbesar samada menjadikan kita makin sihat atau kurang sihat.Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukkan dan obesiti. 
Dalam post ini saya akan menerangkan bagaimana diet juga dapat membantu merawat jerawat.
Secara asasnya pemakanan yang anda perlu elakkan adalah makanan yang terlalu berminyak dan bergula.

1. Kurangkan pengambilan gula

Bagi anda yang suka makanan manis, cubalah kurangkannya. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.

2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh

Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.

3. Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.

4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.

Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisasi di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.

Kombinasi pemakanan di atas dapat merawat dan mencegah jerawat secara semulajadi. Sekarang anda sudah tahu rahsia pemakanan yang dapat membantu menghilangkan jerawat. Jadi, amal-amalkan lah yer supaya kulit anda sentiasa sihat dan cantik sepanjang masa.

Posisi jerawat menunjukkan kesihatan diri seseorang


Oh..Tidak! Jerawat. Kebanyakan orang mengalami masalah jerawat di muka. setiap kali tengok cermin mesti tak sah kalau anda tidak belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa geram kan? Itu perkara biasa.
Ada setengah orang cakap jerawat ni memalukan bila sudah banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tak keluar rumah. Betul tak? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Jom baca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

~Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaimana pun artikel ini adalah untuk rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

Sunday, 7 October 2012

~OUR LIFE~

~REALLY MISS YOU~
In your life...You meet many people...Some,you never think about it again...Some,you wonder what happen to them...There are some that you wonder if they ever think about you...And there are some you wish,you never had to think about it again...But you do...