
“KAU biar betul ni??”
“Apa yang tak betulnya?? Betullah.”
Nur Faiza mengeluh perlahan.
“Apa yang betulnya??”
“Aik kau niii.Betullah aku nak belanja kau makan kat restoran baru tu..Member aku yang syorkan..Dia kata nak dekat setahun jugak restoran tu dibina., Cuma baru sekarang ni aku berkesempatan nak bawak kau kat sana..Sebelum-sebelum ni aku ada jugak try makan makanan dekat restoran tu..Perhh terbaiklah..Aku boleh bagi 10 bintang…”ujar Nur Suhaida sambil terangguk-angguk kepalanya.Riak mukanya macam sedang promote.
Nur Faiza bermuka selamba.Tiada riak teruja di mukanya.
“Lainkali boleh bawakkan..Aku tengah takde mood sekarang ni..”ujarnya dengan suara lemah.Tidak bersemangat.
Nur Suhaida menoleh sekilas ke muka kawan baiknya sebelum beralih ke tengah jalan semula.Mencari konsentrasi untuk memandu kereta dengan berhati-hati di jalan raya.Pandu cermat, jiwa selamat.Tetiba slogan itu terlintas di benaknya.Laju saja Nur Suhaida menggeleng-geleng kepalanya.Aihh, time-time beginilah nak muncul benda alah macam tu.Makin hilang fokus adalah..
“Apasal kau geleng kepala??”
Nur Suhaida hanya tersengih kecil.Menutup malu.
“Ala cer cerita sikit, apa yang membuatkan kau takde mood..Sebab kau still teringatkan dia lagi..Itu maksud kau??”telah Nur Suhaida.
Membuatkan nafas Nur Faiza seakan tersekat-sekat.Terasa kelat air liur yang ditelannya.Janganlah kawannya itu sebut nama itu.Hahhh dia tak sanggup nak dengar..Cukuplah..Sudah cukup-cukup sudah..cukup sampai di sini saja…Ishh lagu nirwana band ni boleh pulak ambik port.
“Mana ada?? Sebab lainlah…”laju saja Nur Faiza berdalih.
Nur Suhaida membuat mimik muka.Langsung dia tidak percaya..Percayalah….
“Konon..Jangan nak kelentong akulah..Kumbang bukan seekorlah..Mungkin dia bukan tersurat sebagai jodoh kau..Mungkin ada yang lebih baik dari dia..Kita ni hanya mampu berdoa dan menunggu dengan penuh kesabaran..”
Minda Nur Faiza tetiba teringatkan Hairi Haikal.Ermm, apa yang dia buat sekarang ya?? Agaknya apa khabar dia?? Entah-entah dia sedang bahagia dengan kehidupan dia sekarang ini tak.., semoga dia berbahagia..Tapiiii, hati aku tetap ada kekecewaan walaupun sedikit cuma, kecewa,sedih, macam-macamlah…Ahhh dah jauh-jauh.pergi jauh..Aku bukannya fikirkan pasal dia sekarang ni, aku tengah fikirkan orang lainlahhh….Nur Faiza bermonolog dalam hati.
“Itu aku tahu..”
“Dah tu…”
“Three….” Ujar Nur Faiza sambil tersengih..
Nur Suhaida mengetap bibir menahan geram.Dijeling sekilas ke muka Nur Faiza yang tidak timbul riak bersalah.
“Sempat lagi nak meloyar..aku bukan tanya dah two..tapi dah tu.d.a.h t.u. ada faham…” Satu-satu Nur Suhaida mengejar perkataan ‘dah tu’.Geram.Terasa dipermainkan tanpa kerelaan hatinya.Ohh, tidakk.Aduh, sempat lagi dia nak buat drama semesta.Stop it.Jangan nak mengarut tak sudah.Uhh
“Tahulah..saja je nak bergurau…Aku bukan ingat dekat dialah..tapi orang lain….”lirih kedengaran suara Nur Faiza.
Terjungkit sedikit kening Nur Suhaida.Berminat mahu tahu.Sound like interesting..
“Ingat dekat siapa pulak ni?? Aihh cepatnya hati terpujuk..”
Nur Faiza hanya mendiamkan diri selepas itu.Tiada mood mahu membongkar rahsia hatinya.Belum tiba masanya lagi.
Sesampainya di restoran itu, mereka mengambil tempat duduk bersebelahan dengan taman buatan yang dipenuhi dengan bunga-bungaan dan kolam kecil ditengahnya.Cantik.Menarik.detik hati kecil Nur Faiza.Suasana di restoran itu, sedap mata memandang.Tidak jemu untuk menengoknya.Membuatkan hati sesiapa yang berkunjung ke restoran itu berasa teruja dengan reka atur dan susunan di dalam restoran itu.
Mereka mengorder makanan, dan menunggunya dengan penuh kesabaran.
“Sedapkan ikan masak 3 rasa ni..Kali pertama aku makan ikan masak 3 rasa kat restoran ni, terus aku suka..”suara Nur Suhaida mengganggu lamunan Nur Faiza yang khusyuk menyuap nasi ke dalam mulutnya.Kepalanya terangguk sedikit.
“Sedap jugak…”pujinya seketika.
“Itulah aku kata makanan kat sini sedap, kau tak percaya??”
“Mana ada aku cakap tak percaya..Pandai-pandai je buat tuduhan melulu..”
“Ohh kau tak cakap ea..hehe, ingatkan kau nak cakap macam tu.”
Nur Faiza meratah isi ikan talapia masak 3 rasa di pinggannya.Sedap.Mindanya mula teringatkan sesuatu.Dulu, ada seseorang yang suka memasak ikan ini untuk dia.Sebut je dia nak makan ikan masak 3 rasa, terus tertunai.Di cubit isi ikan itu lagi, dan menguyahnya dengan penuh penghayatan..Rasanya masih sedap, macam ikan masak 3 rasa yang dia makan dulu..Ermm
“Mana kau tahu pasal restoran ni?? Rasanya kita tak pernah pergi makan kat sini kan..”
Spontan Nur Suhaida menepuk perlahan dahinya.
“Alamak member aku seorang ni hilang ingatan ke??”
Terpinga-pinga muka Nur Faiza.Tidak mengerti.
“Aduh kau ni,Aiza lambat pick-uplah..Line slow ea..Kan dalam kereta tadi waktu perjalanan kat sini aku ada bagitahu yang restoran ni member aku yang syorkan.Sebelum aku datang dengan kau dah dua kali jugak aku makan kat sini..So, ini bukan first time untuk aku, tapi
first time untuk kau..Ada faham,” terang Nur Suhaida satu per satu.Tangannya turut lincah meratah isi ikan masak 3 rasa.
Nur Faiza tersengih kecil.
“Kau ada cakap ea, Aida.Tak teringatlah pulak,.”
“Aihh kau ni parah sungguh.Itulah aku dok bercerita kok lain kau dok mengelamun ke lain..mana nak ingatnya.”
“Sorrylah..Kau ajak time aku takde mood.Macam mana ea galeri lukisan kau.Dah lama aku tak ke sana.mesti banyakkan lukisan-lukisan baru kau.”
“Itulah kau,asyik busy memanjang.Orang lain jadi cikgu jugak, tapi takdelah busy mengalahkan PM macam kau.Aku pun busy apa!! Tapi maintain ok..”
Nur Faiza membuang pandang.Ermm dia dah start dah.
“Kau ni….Aku bukannya sengaja, aku bukannya ajar budak form 4 tapi budak form 5 jugak..Kan budak form 5 nak ambil SPM, so takkan aku nak lepas tangan pulak..Kau kan faham.kau pernah jadi pelajarkan..”
Nur Suhaida mengalah.
“Ok..ok aku faham..kau busy dengan itu ini.Iyalah cikgukan..”
“Hahh tahu pun..Kau tak jawab lagi soalan aku?? Galeri kau tu macam mana??” Nur Faiza beralih ke topik asal.
Tergambar riak keceriaan di wajah Nur Suhaida pabila menyentuh topik berkaitan galeri lukisan yang dibina hasil peluhnya sendiri.Dia memang suka melihat lukisan-lukisan hasil sentuhan Nur Suhaida.Memang kawannya itu ada seni.Sejak sekolah lagi, seni lukisan sudah terlihat dalam diri kawannya itu.Dia boleh bagi tabik springgg punya.
“Alhamdullilah.Setakat ni ok.Nantikan ada pameran pasal lukisan-lukisan baru aku..Kau datang ea??”
Nur Faiza turut gembira. “Iya, baguslah.Mestilah aku datang.Kau cakap je bila, insya-Allah kalau takde aral melintang aku datang..Eh, aku nak ke toilet jap,” ujar Nur Faiza seraya berdiri dari duduknya.
Nur Suhaida hanya menganggukkan kepalanya.
“Mama, Fatih tak naklah..Fatih kan dah besar.Fatih tahulah tentukan hidup Fatih.Mama janganlah nak pening kepala.”
“Iya Fatih tahu jaga diri Fatih.Mama jangan risau ya.Mama tu yang sepatutnya risaukan kesihatan mama.Mama bukannya sihat sangat.”
Nur Faiza yang baru keluar dari toilet ladies, menoleh ke kirinya.Terlihat dek matanya seorang lelaki berpakaian ala chef bersandar di dinding, hanya menampakkan badan belakangnya, muka lelaki itu tidak kelihatan.Kerana lelaki itu memandang ke arah lain.Lelaki?? Yup, susuk tubuh belakang badan itu macam lelaki.
“Fatih tahu mama.Mama sepatutnya cari calon untuk Intan tu, dia tu tak habis-habis mengharapkan Fatih.Menyampah tau.Fatih tak suka…”
Hahh betullah tu lelaki.Suara pun garau.Macam lelaki.Hahaha ada jugak zaman la ni, calon dicarikan oleh ibu bapa.Nasib baik ibu bapa dia open mind.Ishh apa lah dengar perbualan orang lain.Tak baik tau…Nur Faiza menstabilkan diri sebelum memulakan langkah mahu beredar dari situ.Seketika kemudian langkahnya terhenti semula…. Jap, betul ke apa yang aku dengar tadi??desis hati Nur Faiza.
“Ishh tak sukalah dia tu..Dia tak tahu ke Fatih dah ada orang lain.Apa yang Fatih cakap tak percaya?? Nak jugak jumpa perempuan yang Fatih suka tu.Selagi tak jumpa selagi tu nak mengacau Fatih.Sebab dia lah Fatin tutup restoran Fatih yang dulu tu.Sekarang ni nasib baik perniagaan Fatih dah stabil semula.Mama jangan bagitahu dia Fatih bukak restoran baru dekat sini.Kalau tak, tak tenang hidup Fatih…”
Nur Faiza bersandar di dinding toilet.Mahu melihat gerangan lelaki itu.Adakah lelaki itu orang yang dia mahu jumpa, atau dia tersilap orang??Ahh, apa-apa pun yang penting mencuba dulu..Manalah tahu nasibnya baik.kan..
Lagipun lelaki itu membahasakan diri dia Fatih.Dia ada kawan bernama Fatih.Dah lama jugak dia mahu mencari Tengku Al-Fatih.Sejak dia perasankan buku latihan sekolah Tengku Al-Fatih yang entah macam mana ada dalam simpanannya, lalu membandingkan tulisan itu dengan sekeping kad ucapan yang diterima sewaktu belajar di universiti..Kedua-dua tulisan itu sama.Adakah Tengku Al-Fatih telah mempermainkan perasaannya.Dia mengharapkan orang lain yang menulis kad ucapan itu.Tapi…
Hahh inilah puncanya dia tiada mood.Tiada mood sebab tidak berjaya bertemu muka dengan Tengku Al-Fatih sejak dia terperasankan kelainan pada tulisan kad ucapan itu.Sejak habis belajar diploma di UPSI, dia sambung pula belajar degree di UKM dalam bidang pendidikan.Manakala Tengku Al-Fatih mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di luar negara.Tidak tahu dalam bidang apa?? Sejak itu hubungan mereka berdua seolah-olah terputus begitu saja.Padahal dah lama dia berkawan dengan Tengku Al-Fatih.Hubungan dia dengan Tengku Al-Fatih sedikit rengang apabila dia mula sukakan orang lain.Tetapi dia tidak pernah lupakan Tengku Al-Fatih.Mungkin Tengku Al-Fatih salah faham.Barangkali begitu.
Nur Faiza berdiri tegak apabila lelaki itu selesai bercakap dengan seseorang dalam telefon.Lelaki itu memusingkan badannya dan melangkah perlahan untuk masuk ke ruang dapur.Nur Faiza terjenguk-jenguk muka lelaki itu dari bahagian tepi.Tiga orang pelayan yang menolak troli makanan yang tetiba melintas melaluinya menghalang pandangan mata Nur Faiza.
Nur Faiza mengeluh perlahan.Aihh pelayan-pelayan ni kacau line sungguh.Tadi waktu lelaki tu tengah bercakap dalam telefon tak nak pulak lalu..Ini menyibuk pulak nak lalu…Dihentak-hentakkan kakinya yang tersarung kasut sarung berwarna hitam dengan perasaan geram.
Dia melangkah semula ke bahagian depan.Ke meja yang sudah agak lama ditinggalkan kerana dia pergi ke toilet.
“Lamanya kau pergi toilet..”
Nur Faiza terdiam tanpa sebarang kata.Kan dia takde mood.
“Jom balik, dah habis makan kan,”
“Nak balik dah..Ala sekejapnya.Jom kita pergi tengok wayang nak,”ajak Nur Suhaida.Jus tembikai yang tinggal suku disedut sehingga habis.Hanya meninggalkan kiub-kiub ais saja.
“Tengok wayang.Malaslah. Lagipun aku ada kerja belum siap lagi..”
“Ala kerja kau tu sampai bila-bila tak siap..”
“Tak nak..”tegas suara Nur Faiza.
Nur Suhaida mengeluh kecil. “Okey..okey..ikut kau lah..”
Sewaktu berada di dalam kereta bahagian penumpang di sebelah bahagian tempat duduk pemandu, Nur Faiza mengalihkan pandangannya sekilas ke ruang hadapan restoran itu.
Matanya sedikit membulat.Hatinya tersentap.Betul ke itu dia?? Walaupun nampak banyak berubah, tapi dia tetap kenal..
“Kau kenapa?? Muka macam terkejut je..Kau nampak apa?”tanya Nur Suhaida pelik.Kereta viva putih miliknya diundur keluar dari kawasan parkir.
Cepat-cepat Nur Faiza berlagak tenang.Tidak mahu kawannya itu syak sesuatu.
“Takde apalah…”ujarnya berdalih.
*****
“CIKGU boleh terangkan tak macam mana nak cari jawapan soalan nombor ni..Saya kurang fahamlah Cikgu ‘Aini ajar tadi..”
Nur Faiza yang sedang mengelamun jauh sedikit tersentak.Ketika itu dia sedang mengambil udara segar di taman bunga sekolah tempatnya mengajar yang disediakan bangku dan meja bulat di kawasan taman bunga kecil itu.Dia suka singgah di taman bunga ini, cantik susunan dan gubahannya.Lagipun ibunya ada perniagaan kedai bunga, sebab itu kalau dia datang ke taman bunga ini mindanya mesti teringatkan ibunya.Apa khabar agaknya ibu sekarang ini?? Dah lama dia tidak balik rumah ibu bapanya.Busy sedikit dengan kerjayanya.
“Cikgu….”panggil seorang pelajar perempuan sedikit kuat apabila tiada respon.
Nur Faiza sedikit tersentak.Dia tersenyum kecil seraya memandang muka pelajar perempuan itu.Sewaktu form 4 dia ada mengajar kelas budak perempuan ini, tapi naik form 5 dia tidak mengajar kelas budak perempuan di hadapannya ini tapi dia mengajar kelas lain.Bertukar kelas dengan Cikgu Aini’.
“Soalan mana??”tanya Nur Faiza lembut.
“Soalan no.14 ni cikgu.Soalan ni tanya pasal index number, index composite..saya tak boleh skor lagilah cikgu bab ni..Padahal banyak markah kat sini..”keluh pelajar perempuan itu.
Nur Faiza melihat soalan itu.Kepalanya terangguk perlahan.
“Memang banyak markah pun.Kalau awak nak tahu, soalan nilah paling senang nak skor markah.Kalau awak tahu step dia, pasti senang nak buat..Lagipun soalan yang keluar tak lari jauh..alih-alih soalan yang sama jugak yang di tanya, tapi nombor je yang berubah.Meh cikgu ajarkan..”
Rancak Nur Faiza mengajar pelajar perempuan itu.Lagipun dia memang minat bab kira-mengira ni.Otaknya memang lebih kepada subjek math. dan Add. Math.. Jadi tidak hairanlah jika dia mempunyai cita-cita untuk mengajar subjek Math. dan Add. Math.. Minat harus diteruskan.
“Terima kasih cikgu..Nanti kalau saya tak faham.Boleh tak saya tanya cikgu lagi??”pinta pelajar perempuan itu.
Nur Faiza tersenyum dengan senang hati.
“Boleh je..Cikgu sedia membantu.”ucap Nur Faiza.
Tergambar riak kegembiraan di wajah pelajar perempuan itu.
“Saya minta diri dulu cikgu..”
Nur Faiza hanya menganggukkan kepalanya sambil menyorot memerhatikan langkah pelajar perempuan itu hilang dari pandangan matanya.
Mindanya tetiba teringatkan restoran yang disinggahnya 2 minggu yang lepas.Ermm patut ke dia teruskan niatnya?? Buntu seketika fikirannya saat itu.Masih berfikir baik buruknya.
*****
“FATIH…”
Fatih yang sedang menulis sesuatu, sedikit tersentak apabila kedengaran namanya dipanggil seseorang.Pantas didongakkan kepalanya melihat gerangan yang memanggilnya itu.
Tergamam dia seketika.Air liur yang tertelan terasa kelat.
“Faiza..”ucapnya gugup.
Nur Faiza menarik kerusi di depan lelaki itu lalu melabuhkan punggungnya di situ.Menghadap Fatih yang kelu seribu bahasa.
“So, aku tak silap oranglah..”
“Ma..macam mana kau tahu aku ada dekat sini??” tanya Fatih dengan riak muka pelik.Tak sangka.Terkejut pun ada jugak.
“Hari tu aku pernah makan dekat restoran ni.Dan aku ada nampak kau, tapi aku tak pasti itu kau ke tak.Itu pasal aku datang restoran ni balik..”
Terangguk-angguk kecil kepala Fatih mendengar cerita Nur Faiza.Nur Faiza ada datang kat restoran dia.Ermm dia tak perasan pulak.Mungkin dia busy sikit, memasak untuk pelanggan yang datang berpusu-pusu.Tapi semenjak dua menjak ini hatinya rasa lain.Kadang-kadang berdebar-debar.Sesekali dia akan terjenguk-jenguk ke ruang hadapan restorannya, mencari sesuatu.Tetapi dia tidak pasti apa yang dia cari.Mungkinkah kerana dia dapat rasakan kehadiran Nur Faiza yang semakin dekat menghampirinya.Ohh hatinya ini.
“Kau..kau sihat??”tanya Fatih.Cuba membuang perasaan gabra dalam sanubarinya.Dan cuba berlagak biasa.Dia kan dah lama berkawan dengan Faiza, buat apa nak rasa gugup pulak.Cool Fatih..Cool.Fatih memberi semangat untuk nenenangkan hatinya yang berdebar sedikit.
“Aku alhamdullilah sihat..Sampai hati ya kau buat aku macam ni..Cakap kawan.Tapi pergi belajar kat luar negara pun tak bagitahu aku.Aku dapat tahu pun dari kawan-kawan lelaki kau..”
Fatih sedikit tersentak.
“Aku tak niat pun nak buat macam tu..Aku cuma….” Terhenti bicara dari mulut Fatih.Mencari ayat yang sesuai untuk menerangkan keadaan sebenarnya kepada Nur Faiza.
“Takpelah.Aku tak ambik hati pun.Aku faham…”
Lega hati Fatih apabila Nur Faiza tidak marah akan hal itu.
“Tak sangka kau jadi chef sekarang ni.”
“Alhamdullilah kerjaya aku ke arah situ..Lepas habis diploma, aku sambung degree ambil bidang kulinari dan berkaitan dengan masakan..Entah tetiba aku rasa nak ceburkan diri dalam bidang masakan pulak.Alhamdullilah usaha aku tak sia-sia.”
“Alhamdullilah.Aku pun tumpang gembira tengok kau berjaya.So, kau ke yang masak ikan masak 3 rasa yang aku makan dekat restoran ni??”
Terjungkit sedikit kening Fatih. “Macam mana kau tahu??”
“Ingat tak kau pernah masakkan ikan masak 3 rasa dekat aku.Rasanya tetap tidak berubah.Masih terasa sedap macam dulu..”
Fatih tersenyum kecil menampakkan lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.Nampak lagi comel.
“Kalau kau nak aku boleh masakkan lagi…”pelawa Fatih.
“Oh mungkin lainkali..Aku dah lama nak jumpa kau sebenarnya??”
“Kenapa??”
“Aikk tak kan nak jumpa kawan lama tak boleh kut..”
“Bu..bukan macam tu..”
“Ok..ok..Kau tak payah nak explain..Aku cuma nak dengar penjelasan kau tentang hal ini je.,”ujar Nur Faiza seraya mengeluarkan kad ucapan kecil beserta buku latihan sekolah dan diletakkan perlahan di atas meja.
Riak muka Fatih sedikit berubah.Faiza perasankan itu.
Fatih sedaya upaya cuba mengawal perasaannya yang mula berlagu gemuruh.Menggigil dia mencapai kad ucapan yang diletakkan di atas buku latihan sekolah yang sudah pudar warnanya dan nampak lusuh.
“Aa.. apa ni??”
“Tengoklah sendiri…”
“Saya dah lama perhatikan awak.Senyuman awak membahagiakan hati saya.Sudilah kiranya awak menyambut salam perhubungan mesra dari saya..yang ikhlas dari Hairi Haikal..” Ayat yang tertulis di dalam kad ucapan itu meniti di bibir Fatih.
Nur Faiza mendengus perlahan.Buat-buat tak faham gerak-geri kiasan.Bagi penampar nak?
“Aku bukan suruh kau baca ayat tuuu…”
“Habis tu??” pelik Fatih memandang muka Nur Faiza.Tidak mengerti sama sekali.
“Ini buku latihan kaukan..”Buku latihan yang berwarna coklat kulitnya dan sedikit lusuh diunjukkan ke muka Fatih.
Fatih mencapai buku latihan itu dan menyelaknya.Memastikan sama ada itu buku kepunyaannya atau tidak.
“Yupp, ini memang tulisan aku..Macam mana buku ni ada kat kau??”
Nur Faiza menjungkitkan sedikit bahunya ke atas.
“Entah, aku pun tak ingat macam mana buku kau ni ada dekat aku..Mungkin Allah nak tunjukkan kebenaran dekat aku..”kata Nur Faiza sedikit berkias.
Berkerut dahi Fatih.
“Kebenaran apa??”
“Kebenaran yang…..tulisan dekat dalam kad ucapan ni kau yang tulis.Buktinya tulisan dalam buku latihan kau ni sama dengan tulisan yang tertera dekat kad ucapan ni..Kan..”
Gulp..Terasa kelat air liur yang ditelan.Terkebil-kebil mata Fatih merenung Nur Faiza.Pembohongannya sudah terbongkar.Inilah salah satu sebab dia cuba menjauhkan diri dari Faiza.Tidak mahu kebenaran itu terbongkar.Takut menghadapi kenyataan yang dia tidak tahu.Tidak mampu meneka apa akan berlaku seterusnya.
“Kenapa kau buat aku macam ni, Fatih?? Kau mainkan perasaan aku.Sampai hati kau..”lirih kedengaran suara Nur Faiza.
Menyentap perasaan Fatih.
“Kau tak boleh tuduh aku macam ni Faiza..jelas-jelas dekat kad ucapan ni sudah tertulis nama Hairi Haikal..So, dia yang tulis bukan aku..”
Nur Faiza merenung tajam muka Fatih.
“Kau nak mengelak lagi..Aku dah tanya dah dekat Hairi, dia tak tahu pun pasal benda ni..So, kau nak cakap apa lagi??” tanya Nur Faiza dengan suara keras.
Fatih terkedu.Sudah terang lagi bersuluh dia bersalah.
“Aku minta maaf..”
“Kenapa kau buat semua ni??”
“Aku nak kau bahagia.Kau kan pernah bagitahu aku yang kau sukakan Hairi..”
“Habis kau tak sukakan aku..”
Soalan drastik dari Nur Faiza membuatkan bibir Fatih terkatup rapat.Nur Faiza juga begitu.Tidak menyangka dia boleh seberani itu menanyakan soalan berunsur perasaan.Rasa nak tampar je muka sendiri laju-laju.
“Aa..aku..Aku tak nak kau kecewa tau.Aku tahu kau dah lama perhatikan Hairi..”
“Sikap kau tu lagi buat aku rasa kecewa.Kau sanggup sembunyikan perasaan kau, semata-mata mahu aku bahagia..Kau bahagia ke buat semua ni?”
“Aku sanggup walaupun aku taklah rasa sebahagia mana.”
“Nampak sangat kesanggupan kau tu tak ikhlas.”
“Keikhlasan itu umpama semua hitam di atas batu hitam di malam yang kelam.Walaupun ia sukardi lihat, tapi ianya tetap wujud.”
Nur Faiza menjeling tajam memandang Fatih.Ada hati nak explain pasal keikhlasan dekat dia.Nak tutup kesalahan sendirilah tu.Ibarat tahi lembu yang ditutup dengan daun-daun pisang, walaupun tak nampak tapi baunya tetap ada.Ekk ada kaitan ke? Hahh pakai hentam sajalah.Dia punya suka.
Jelingan tajam Nur Faiza membuatkan Fatih tertunduk merenung meja.Comel, nampak macam malu-malu, segan-segan.Muka pun nampak cuak.Haha
Kenapalah Fatih tak bagitahu awal-awal perasaan dia pada aku?? Dia tak tahu ke aku pun pernah ada perasaan suka pada dia..Tapi, aku tahu aku dengan dia kan sudah berkawan lama.Tak mungkinlah aku dengan dia boleh selesa dengan perhubungan yang lebih dari kawan..kalaulah kau tahu Fatih..Sebab itulah, aku cuba buang perasaan suka aku pada kau, dengan menyukai orang lain.Dan aku serius sukakan Hairi.Aku suka tengok Hairi secara diam-diam..detik hati kecil Nur Faiza.
Entah-entah..
“Lepas aku luahkan kat kau yang aku sukakan orang lain terus kau jauhkan diri dari aku..Kenapa??”
Fatih kembali mendongak memandang muka Nur Faiza.Aku tak sekuat itu untuk melihat kau dengan lelaki lain,Faiza.Kau takkan faham apa yang aku rasa, Faiza?? Luah Fatih dalam hati.
“Dah la aku kecewa dengan sikap kau.Entah-entah kau pergi luar negara sebab tak sanggup tengok aku dengan Hairi kan..”telah Nur Faiza lalu bangun dari duduknya.Kad ucapan dan buku latihan di atas meja dicapai lalu disumbat di dalam beg sandangnya.Beg sandang tepi bergambar epal merah itu disangkut di bahunya.Bersedia mahu beredar dari situ.
“Faiza..aku minta maaf…”
“Aku tak nak dengar dah apa kau cakap??”
“Faiza….”
Nur Faiza beredar dari situ tanpa menghiraukan panggilan Fatih.
“Faiza…”jerit Fatih sedikit kuat.Tetapi tidak mendapat tindak balas dari Nur Faiza.Fatih mengeluh perlahan.Rambutnya yang tersisip elok, diraup ke belakang dengan kasar.Memikir cara penyelesaian untuk mencuri semula sekeping hati itu.Hahh janganlah dia dingin dengan aku.Aku dah lama panasaran.desis hati kecil Fatih.
*****
Nur Faiza berjalan perlahan menyusuri lorong kaki lima untuk ke kondo kediaman guru yang disewanya bersama rakan-rakan yang masih belum berkahwin.Dia baru saja habis mengajar kelas tuisyen Add. Math untuk pelajar tingkatan 5 Budiman, yang diadakan dua jam lepas.
Sambil berjalan mindanya berfikir wajahkah dia memaafkan Fatih.Dia tahu ini semua bukan 100 peratus salah Fatih.Manalah dia tahu Fatih sukakan dia? Kalau dia tahu, takdelah dia mahu berkongsi perasaan dia sukakan seseorang pada Fatih.Yang Fatih ni satu, bagilah hint sikit.Apa daa??
Lagipun perasaan dia pada Hairi Haikal hanya bertepuk sebelah tangan.Lelaki itu mesti sedang berbahagia dengan kehidupan dia sekarang ini.Takpe dia redha.Apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya?
“Kau masih marahkan aku ke??”
Nur Faiza melatah kecil.Kurus semangat dia.Dilihatnya dari ekor matanya kelibat seseorang yang amat dikenalinya, Tengku Al-Fatih.Atau nama singkatannya Fatih.
Nur Faiza melangkah perlahan ke arah Fatih yang bersandar di tepi kereta BMW berwarna putih tidak jauh dari tempatnya berjalan.Orang baru teringatkan dia, terus dia muncul.Macam tahu-tahu je.
“Kau buat apa dekat sini?? Dan macam mana kau tahu aku kat sini.”
Fatih tersenyum kecil. “Itu semua tak penting…yang penting sudikah kau bagi peluang pada aku untuk mengambil ruang di hati kau?,”bicara Fatih sedikit romantik.
Nur Faiza terkedu sekejap.Aihh Fatih ni jiwang nampak.
“Ermm aku penatlah.Aku naik dulu.”
“Eh, tapi….kau tak jawab lagi soalan aku.”tutur Fatih dengan muka terpinga-pinga.Hahh?! Janganlah buat dia panasaran.Dia dah lama menunggu.
Nur Faiza tersenyum sinis dalam hati.Dia memang sengaja mahu membuat Fatih tidak senang duduk selagi tiada jawapan putus dari mulutnya.Haha, nak tengok sikit usaha dia.
“Kau tanya soalan ke? Aku tak dengar pun kau cakap ada tanda soal belakang ayat kau.”ujar Nur Faiza sengaja membuat Fatih terpinga-pinga tidak faham.Nur Faiza melangkah ke bangunan konon kediaman guru tempatnya tinggal selama mengajar di sekolah menengah itu.
Fatih tergaru-garu tengkuknya, dengan muka blur.Hrmm ni mesti dia saja nak tengok usaha aku, serius ke tak? Okey, aku buktikan yang kata-kata aku serius.
*****
NUR FAIZA berdiri di bawah pokok yang redup sedikit dari pancaran cahaya matahari yang panas terik.Matanya masih tertumpu ke tengah padang.Memerhatikan para pelajar yang bersungguh-sungguh meneruskan acara larian berganti-ganti 4 kali 100 meter.Hari ini merupakan hari sukan sekolahnya.Dia merupakan salah seorang guru bagi rumah delta, iaitu rumah hijau.Sudah dua tahun berturut-turut dia mendapat tanggungjawab untuk melatih ahli rumah delta.Ermm dia memang suka pun.Sebabnya dia memang minat warna hijau.Time dia bersekolah dulu, 4 tahun berturut-turut juga dia menjadi ahli rumah hijau.Dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.Tingkatan 4 dia sesat ke rumah biru.Masuk tingkatan 5 dia kembali ke rumah hijau semula.
Sesekali mulutnya menjerit-jerit memberi sorakan semangat kepada ahli rumah delta, yang gigih meneruskan larian walaupun matahari tengah tegak terpacak di atas kepala.Budak lelaki kalau acara sukan, memang nampak semangat.Berusaha juga untuk mengumpul mata untuk memastikan rumah sukan mereka mendapat gelaran juara.Itulah semangat yang patut ditonjolkan dalam diri setiap pelajar.Tapi perlulah seimbang antara kokurikulum dengan kurikulum.
“Cikgu Faiza, cikgu tak ambil makanan ke?” Nur Faiza menoleh ke sebelah kanannya apabila dirinya ditegur.Kelihatan tiga orang pelajar perempuan yang memakai baju sukan bewarna hijau, sedang berdiri sambil menatap mukanya.
“Makanan?” ujar Nur Faiza dengan kerutan di dahinya.
“A’ah, tadi Cikgu Dania, ada edar makanan untuk rumah hijau.Ada lagi makanan selebihnya untuk cikgu-cikgu rumah hijau.”celah suara perempuan yang memakai kaca mata, sambil ligat menguyah nurget ayam.
Terangguk-angguk kepala Nur Faiza.
“Ohh makanan tu.Kejap lagi cikgu ambik.Awak semua tak mewakili rumah hijau ke?”tanya Nur Faiza ingin tahu.Padahal dia tahu ketiga-tiga pelajar ini mewakili acara pembarisan untuk rumah hijau, sengaja buat-buat tak tahu.
“Tak.Kitaorang bertiga mewakili pembarisan je.”ujar salah seorang pelajar itu sebagai wakil kawan-kawannya yang lain.
“Oh, okeylah tu.Ada jugak ambil bahagian.Kejap lagi jangan lupa beratur kat depan sepanduk rumah hijau.Acara larian pun nak habis dah.Lepas cikgu-cikgu lelaki menghabiskan acara tarik-tarik tali, barulah berakhir dengan acara pembarisan.”
Terangguk-angguk kepala mereka.
“Eh, tahun ni ada acara tarik-tarik tali antara cikgu-cikgu lelaki.Macam tahun lepas kan.”ujar suara pelajar perempuan kepada rakan-rakannya.
Nur Faiza hanya mendengar perbualan mereka.
“Yalah ada.Aku nak tunggu acara larian 4 kali 100 meter, yang lari berganti-ganti tu.Aku nak tengok cikgu KZ berlari.Dia kan lari laju.Mesti ramai lah yang sorak nama cikgu KZ.komfirm,”celah suara seorang lagi dengan penuh yakin.Terangguk-angguk kawannya yang berdiri di sebelahnya.Barangkali tidak sabar jugak mahu melihat cikgu-cikgu lelaki pula meneruskan larian.
“Cikgu Faiza, kenapa takde acara larian untuk cikgu-cikgu perempuan ea?”tanya salah seorang dari mereka.
Nur Faiza yang sedang memerhatikan acara yang berlangsung di tengah padang, menoleh ke muka pelajar perempuan itu.
“Ermm cikgu rasa kebanyakan cikgu perempuan tidak berminat untuk bersukan.Cikgu lelaki rasanya lebih sesuai.”Nur Faiza memberikan pendapatnya.
Terangguk-angguk kepala mereka.Mengiakan.
“Betul jugak tu.Saya pun tak minat bersukan.Kalau lari mesti semput.”jawab pelajar perempuan yang berkaca mata itu.
“Kalau lepaskan anjing, komfirm kau dapat nombor satu.”sampuk yang lainya.
“Itu jangan cakaplah.Bukannya aku seorang dapat nombor satu, semua orang boleh dapat nombor satu.”
Mereka sudah tergelak-gelak.Nur Faiza tersenyum kecil, ada-ada saja.
“Tengok tu acara main tarik-tarik tali dah mula.Tengok dari sini jelah kan.”
Terangguk-angguk kawan-kawannya yang lain menyokong.
“Aku tengah tunggu acara larian sebenarnya.Main tarik-tarik tali ni tak minatlah.”sampuk yang lain.
Mereka kemudiannya bersembang-sembang sesama sendiri.Sesekali Nur Faiza juga mencelah perbualan mereka.
“Eh,eh acara larian untuk cikgu lelaki nak mula dah la, jom jom kita pergi depan sikit.Best ni.”ujar salah seorang pelajar perempuan itu yang sudah berlari-lari anak mendekati tepi garisan untuk acara larian.Barangkali excited.
“Eh, tunggu hah.Tak menyabarlah kau ni.Cikgu kitaorang pergi sana jap.” Pelajar itu menunjuk ke arah kawannya yang sudah berdiri jauh sedikit dari tempat mereka. “Nak tengok cikgu-cikgu lelaki berdiri.Lepas ni terus kitaorang berkumpul depan rumah hijau untuk acara pembarisan.”
Nur Faiza tersenyum seraya menganggukkan kepalanya.
“Cikgu tak nak tengok sekali ke?”tanya salah seorang yang masih berdiri bersebelahan dengan Nur Faiza.
“Ermm, cikgu tengok dari sini je.”putus Nur Faiza.Matanya sudah terjenguk-jenguk ke tengah padang.Melihat cikgu-cikgu lelaki yang mengambil bahagian dalam acara larian berganti-ganti.
Terangguk kepala pelajar itu. “Kalau macam tu, saya join kawan saya dulu.”
Pelajar itu sudah berlari mendekati kawan-kawannya.Kelihatan semua pelajar tidak kurang jugak para cikgu yang berada di padang itu sudah mendekati kawasan tepi garisan larian.Masing-masing teruja untuk melihat dan memberikan sokongan buat cikgu-cikgu yang diminati oleh mereka.Mestilah yang paling teruja pelajar perempuan.
Nur Faiza yang berdiri sedikit jauh, perlahan-lahan kakinya menampak ke depan.Teruja juga mahu melihat cikgu-cikgu lelaki berlari.
Tiba-tiba matanya fokus pada sesusuk tubuh yang berdiri di antara tiga orang cikgu lelaki, yang bersedia menunggu batang marathon untuk berlari ke garisan penamat.
Eh, Fatih pun datang acara sukan sekolah aku.Dia ambil bahagian dalam acara larian pulak tu.Ermm, dia memang hebat berlari.Ingat lagi time sekolah dulu, bukan main banyak lagi acara sukan padang yang dia ambil bahagian.Mesti namanya antara tiga teratas.Agak-agaknya dia masih hebat berlari macam sekolah dulu lagi tak.detik hati Nur Faiza. Dia mula bersemangat mahu melihat larian Fatih.
Fatih yang menyedari dirinya mendapat perhatian seseorang terus berpaling ke sebelah kanannya.Terlihat Nur Faiza sedang asyik merenungnya.Spontan tangannya diangkat lantas dilambaikan ke arah Nur Faiza.
Nur Faiza yang tersentak dengan lambaian spontan Fatih, turut melambaikan sekilas tangannya.
Kemudian pantas dijatuhkan, dan dia berpura-pura melihat ke arah lain, apabila terlihat dek matanya sekumpulam pelajar perempuan yang mencari siapakah gerangan yang dilambaikan oleh lelaki yang bermuka handsome berpakaian smart itu.Walaupun memakai seluar track
dan sehelai t-shirt dengan cap di kepala, lelaki itu tetap nampak segak.
Telinga Nur Faiza sempat menangkap perbualan beberapa orang pelajar perempuan yang berdiri tidak jauh dari tempatnya.
“Eh, kau tengok tu, lelaki yang pakai baju t-shirt hijau jalur hitam di tepinya.”tangan pelajar itu lurus menunjuk ke arah Fatih.Matanya tidak berkelip.Kawan-kawannya yang lain turut melihat arah tangan itu dihalakan.
“Kenapa dengan lelaki tu?”tanya salah seorang dari mereka.
“Handsomenya.Kalah cikgu Aamir yang comel tu.Dengan cap atas kepala, perhh mesti ramai yang minat ni.Kau tengoklah tu, Ameerah bukan main lagi tengok lelaki tu.”
Kawannya di sebelah yang terpegun lama, sudah ditolak-tolak bahunya.
“Ish kau ni janganlah ganggu fokus aku.Handsome jugakkan lelaki tu.Tadi aku nampak lelaki tu lambaikan tangan dia.Entah dia lambaikan kat siapa.Entah-entah dia lambaikan tangan dia kat aku tak, aduh rugilah tak balas tadi.”
Kawan-kawannya yang mendengar sudah boo ke arahnya.Dia tersengih kecil.
“Perasanlah kau ni.Eeii tak sangka kawan aku ni perasan gila.”sampuk salah seorang dari mereka.Sukar menerima kenyataan begitu.
Kawannya yang perasan itu hanya tergelak kecil.Bukannya selalu dia syok sendiri.
“Faiza..”
Nur Faiza yang melangkah ke hujung padang untuk kembali ke rumah sukannya, terhenti langkah.Lantas berpaling ke belakang.Melihat gerangan yang memanggil namanya itu.Ketika itu acara larian sudah pun habis dan Fatih yang mewakili beberapa orang ahlinya menjuarai acara larian itu.Nampaknya Fatih masih lincah berlari seperti sewaktu persekolah dulu.
Fatih sudah berlari kecil, mendapatkan Nur Faiza.
“Faiza nak ke mana? Tak nak tunggu bawah khemah ke?”tanya Fatih.
Nur Faiza menjenguk sekilas ke bawah khemah yang sudah agak lengang.Ibu bapa masing-masing malas menunggu hingga penutup acara sukan.
“Tak.Aku kena uruskan pembarisan.Lepas ni dah nak start pembarisan bagi rumah-rumah sukan.So, aku kena pergi sekarang.”
“Sebelum tu, tahniah.Tak sangkakan kau masih laju berlari macam dulu.”
Fatih tersenyum kecil. “Kau ingat lari.Ermm terima kasih.Saja nak tunjuk kat kau yang aku masih kuat berlari macam dulu.”
Nur Faiza sudah membuat mimik muka.
“Ngada-ngada.”tutur Nur Faiza perlahan.Tahu Fatih hanya bergurau.
“So? Aku masih menunggu jawapan dari kau.Hari tu kau tak jawab pun kan.”
Nur Faiza tersenyum penuh makna.
“Eh, aku kena pergi sekarang.” Buru-buru Nur Faiza melangkah meninggalkan Fatih yang lagi sekali kecewa.
Fatih mengeluh hampa.Lagi sekali.
“So? Macam mana.”tanya Fatih lagi.Masih berusaha mahu tahu.Dia beringinan berjalan di sebelah Nur Faiza.
“Eh, kau tak balik lagi.Bukan ke acara sukan dah lama habis.”Pelik riak muka Nur Faiza.Fatih buat apa lagi dekat sini.
“Selagi aku tak dapat jawapan, selagi tu aku tetap menunggu.”
Nur Faiza hanya bermuka selamba.Dia melangkah menyusuri lorong kaki lima untuk pulang ke kondo kediaman guru.Fatih masih lagi setia mengekori langkah Nur Faiza.
“Janganlah ikut aku.Nanti mulalah timbul gosip pasal aku.”larang Nur Faiza.Nasib baik para pelajar sudah pulang.Yang tinggal hanya beberapa orang guru di sekolah.Menguruskan apa-apa yang patut.
“Takpelah timbul gosip.”
“Eeii kau ni.” Nur Faiza sudah memuncung.Geram dengan sikap Fatih yang ambil sambil lewa kata-katanya.
“Aku memang dah lama sukakan kau.Tapi..aku tak berani luahkan.Iyalah kita kan sudah berkawan rapat sejak kecil, bila aku luahkan aku takut kau tak dapat terima, dan bertindak jauhkan diri dari aku.Aku tak sanggup nak leraikan persahabatan antara kita yang terjalin sejak lama lagi.Bila kau kata kau dah mula sukakan seseorang, memang time tu aku kecewa.Tapi aku tak nak jadi penghalang hubungan kau dengan Hairi.Orang kata kalau kita melihat orang yang kita suka bahagia, kita turut akan rasa bahagianya.”luah Fatih isi hatinya yang terpendam sekian lama.
Nur Faiza yang tidak menyangka kata-kata Fatih sudah terpaku macam patung cendana.Pucat mukanya.Rasa nak pengsan pun ada.Sejak bila Fatih seberani ini.Ermm, pengalaman mengajar manusia untuk berfikir dengan lebih matang.
“Kau dengar tak aku cakap ni.Faiza….” Fatih menoleh ke sebelah kirinya apabila tiada respon dari Nur Faiza.Terkebil-kebil matanya.Hilang.Mana Nur Faiza pergi.Kenapa dia tidak perasan pulak ni? Aduh, bukan main lagi dia karang ayat.Alih-alih hanya ditiup begitu saja oleh angin.
“Serius kau sukakan aku.”ujar Nur Faiza.lantas mencuit bahu Fatih yang gelisah.
Fatih sedikit tersentak, lantas menoleh ke muka Nur Faiza yang tetiba berdiri tegak di sebelahnnya.aikk kejap tadi hilang, ini tetiba pulak muncul.Maknanya dia dengarlah luahan hati aku.Alhamdulilah.
Terangguk-angguk kepala Fatih.Beria-ria benor nampaknya.
“Bagi aku sekali aku suka, selamanya akan suka.”tutur Fatih sedikit jiwang.
Berbunga riang hati Nur Faiza.Moga-moga dia dan Fatih dapat menerima kelebihan dan kekurangan diri masing-masing dengan seadanya.Dia suka ayat Fatih itu ‘sekali suka, selamanya akan suka’.Akan di set ayat itu di mindanya.
~Nama Pena: Faiza-Sima~
~Nama Pena: Faiza-Sima~