
NAMAKU Arisya Nakihah.Hari ini hati aku rasa sedih sangat.Airmata yang berguguran di pipi di seka dengan belakang tapak tangan.
Nak tahu kenapa aku sedih? Sebab orang yang aku minat dan suka dalam diam sudah berkahwin hari ini.Pada hari lahir aku.Tak sangup aku nak tengok dekat-dekat.Aku hanya mampu merenung dari kejauhan.Tetapi hanya sekejap.Sebak hati aku.
Aku tahu hanya aku yang mempunyai perasaan terhadap dia.Tetapi dia…tak.
Di matanya, aku hanya dianggap sebagai kawan.Friend forever and ever.Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.Hanya aku saja yang menginginkan ikatan persahabatan bertukar kepada perhubungan yang indah.
Tetapi aku tahu itu mustahil.Hatinya sudah terpaut pada orang lain.Bukan pada aku.
Aku tahu.Yang dia tidak tahu bahawa sejak sekolah menengah lagi hati aku sudah terpaut pada dirinya.Hanya aku yang tidak mampu untuk meluahkan perasaan suka itu.Aku hanya mampu suka dalam diam tanpa diketahui olehnya.
Aku takut, jika aku luahkan, mungkin aku dengan dia tidak akan berhubungan sampai bila-bila lagi.Walaupun sebagai kawan.Mungkin bukan dia yang akan mengelakkan diri dari aku.Tetapi aku.Sebab aku malu seandainya tahu yang aku hanya bertepuk sebelah tangan.Nampak macam aku tak boleh terima kenyataankan.Tapi itulah hakikatnya.
Dan hari ini sudah terbukti bahawa dia bukan milik aku.Hanya aku yang syok sendiri dalam diam.Aku sedar itu.
Air mata yang laju mengalir sehingga memudarkan pandangan mata,dibiarkan tanpa diseka.Hari ini aku mahu menangis sepuasnya membuang rasa kekecewaan yang teramat dalam hatiku.Hanya hari ini.Hari esok dan seterusnya, aku mahu mulakan hidup baru.Membuang jauh kasihku terhadap insan yang bernama Shah Al-Asyraf.
TANGANKU mencapai netbook 1 Malaysia yang terletak di atas meja solek, lalu membawanya ke tengah katil.Aku menbuka netbook milikku dan on nya,dan tanganku digagaukan sedikit untuk mengambil sebiji bantal kecil lalu meletakkan kepalaku di atas bantal itu sambil meniarap menatap netbook.
Kini, mataku terpaku pada skrin netbook yang memaparkan chat melalui facebook antara aku dengan insan yang aku suka dalam diam.Sanggup aku copy chat ini dari facebook dan paste pada Microsoft word.Aku ingin menatap dan membaca isi chat itu untuk kali yang terakhir.Mungkin aku tidak akan mendeletenya kerana itu saja kenangan aku dengan dia, tetapi untuk hari seterusnya aku tidak akan membuka lagi chat ini.Itu janjiku pada diri.Jika aku bukak chat ini, setelah memulakan hidup yang baru, maknanya kasihku masih untuk dia dan aku masih mengharapkan dirinya.Semoga, aku berjaya membuang kekecewaan hatiku jauh-jauh.
Aku membaca satu per satu intipati kandungan chat antara aku dan Asyraf.Chat ketika aku dan dia baru beberapa bulan habis menduduki peperiksaan SPM.Walaupun, chat itu sudah 7 tahun berlalu, tetapi aku masih menyimpannya sehingga kini.
Hatiku tidak sanggup untuk mengdelete chat ini.Mungkinkah aku masih tidak dapat menghapuskan dia dari ingatanku? Aku sendiri tidak pasti jawapan pada persoalan itu.
Chat bertarikh 23 Februari
Shah Al-Asyraf
-Assalammualaikum cik adik..Boleh kenal2 ??
Arisya Nakihah
+Waalaikummussalam.. nak kenal ke?? Boleh jerr..,heheee (malu2 kucing)
Shah Al-Asyraf
-Ye kerr. Bertuah rasanya.. (hakhak..tak boleh blah, malu-malu kucing tuu)
Arisya Nakihah
+Hahaha..ada2 je la kau ni.Bertuah la sangat.
Shah Al-Asyraf
-Cabutan bertuah..wakakakaa
Arisya Nakihah
+hahaha…main cabutan bertuah pulak dia..Ermm spm dah dekat 3 bulan habis..Dah habis sekolah menengah pun kita.Apa perancangan kau untuk masa depan?? Ada niat nak sambung belajar lagi ke??
Shah Al-Asyraf
-hehee..Tipulah kalau aku kata takkan sambung belajar.Aku dah buat upu fasa 2 dan mohon U dan kos yang minat..kekekeee.. kau?? Takkan tak mahu sambung kut.Kau nak ambik jurusan apa??
Arisya Nakihah
+Aku memang nak sambung belajar.Tapi upu fasa 2 belum isi lagi, tunggu result keluar baru tahu jurusan apa yang sesuai.Tengoklah kalau dapat sambung aku pergi.Aku rasa nak ambik jurusan akaun laa.Tapi tak tahu boleh ke tak.Kalau aku ambik jurusan sains takut hancur pulak.Maklumlah tak kena dengan jiwa, hehee..
Shah Al-Asyraf
-Yeahhh!! Aku sokong kau.Kau hebat bab math ni.,Lagipun itu memang jiwa kau pun??Aku pun kena ambik jurusan yang kena dengan jiwa aku.Aku tak nak dah menyesal macam sekarang coz ambik benda yang aku tak minat..menyesal gile2.So aku memang nak ambik jurusan yang aku minat iaitu graphic computer..
Arisya Nakihah
+Bagus laa tu..Kalau ambik tak kena dengan jiwa memang tak semangat laa kan..Biarlah orang kata apa pun, yang penting diri kita sendiri.Kalau ikut je kata orang tapi tak sesuai pada diri susah jugak.Kita kena tetap pendirian,pasti ok je.. hope kita semua dapat result SPM yang luar biasa.Amin..Harap2 begitulah kan..
Shah Al-Asyraf
-Aku sokong kau!!Memang betul..Aku dah alaminya pun.Aku patut tetap pendirian ambik kelas C (seni visual).,Bodoh betul la aku pergi ikut pendapat orang padahal aku tak mampu pikul beban tuu.Ni pun aku nak ambik graphic akak aku dah cakap macam2..padahal tak semestinya keluar U kerja jurusan sama dengan belajarkan??Sekurang-kurangnya kita ada benda yang kita minat dan boleh bawak.., Insya-Allah dapat macam tuu..amin!! tawakal je lepas usaha..
Arisya Nakihah
+Samalah kita.Time SPM aku ambik jurusan lain, tapi bila nak isi U aku pilih jurusan lain..Akak aku pun cakap macam2., konon2nya nak lemahkan semangat aku..Tapi lantaklah apa akak aku nak cakap pun, bukan dia yang nak ambik..Aku tetap dengan pendirian aku.Nasib baik abang aku sokong aku,dia kata ambik ikut minat, bukan ikut cakap orang lain..Karang kalau tak sesuai, diri kita juga yang susah.Kalau sesuatu benda yang kita buat tu kena dengan minat kita,pasti kita boleh bawak.Insya-Allah..,yang penting usaha, usahakan tangga kejayaan..tak gitu..apa2 pun perlu kena dengan jiwa kita, kita perlu bertegas..tetap pendirian ok..
Shah Al-Asyraf
-Yeahhh Ari memang betul !! Patut kenalah faham orang macam mana kan?? Yang cakap gitu pun macam tak pernah alami je kesulitan kalau ambik benda yang tak minat..Biasalah tu ada je yang cuba melemahkan semangat kita .. apa yang penting perubahan yang kita lakukan iaitu anjakan paradigm..betul !! usaha yang berterusan!! Minat membantu memudahkan sesuatu disamping pertolongan yang maha esa ALLAH S.W.T
Arisya Nakihah
+Betul..betul..betul..Sampai bila kita nak ikut je telunjuk orang., selagi kita boleh handle diri kita sendiri..,itu dah kira terbaikkk la..Ok, la.karang kita borak-borak lagi..see you soon my friend.,heheheee
Shah Al-Asyraf
-Ok2.. Btol2..Memang banyak benda lagi kita boleh sharekan dekat sini..Kekekeee,k next time kita chat2 lagi..
Chat bertarikh 12 March
Shah Al-Asyraf
-Salam, cik adik..
Arisya Nakihah
+Salam, cik abang, hehe
Shah Al-Asyraf
-hekhekhek.. (muka merah)
Arisya Nakihah
+hakhak… tahu pun malu.. next week dah nak keluar result SPM dah..berdebarnya, entah apalah keputusannya kan..hehehe
Hahh kau dah pernah kerja kan beberapa bulan lepas habis SPM, so dah ada someone ke dalam hati tuu..,hehehe
Shah Al-Asyraf
-Aikkk?? Lain macam je maksudnya..,kakakaka..Kalau aku kata
“Hahh kau tengok apa tu Ari, bukan main khusyuk lagi aku tengok, aku bukak pintu bilik pun kau tak sedar..”
Dengan sedikit rasa terkejut, aku cepat-cepat menekan tanda pangkah.Kurus semangat.Nasib baik tak terkejut beruk.huhh
Aku mengetap gigi, geram, dan memandang muka Hanisa Amera dengan pandangan tidak puas hati.
Dia boleh tersengih macam kerang busuk pulak.Sakit je hati menengoknya.
“Kau ni,buat terkejut aku je.Ada apa cari aku?”
“Aikkk, macam tak sudi je aku datang melawat kau.”
“Hahh dah tahu tu cepat-cepat la blah..hehe, gurau je laa.mesti ada apa-apa ni, kalau tak takde maknanya muka kau rajin nak bertandang kat rumah aku.”
“Kau ni Ari, tak menyempat-nyempat nak tanya? Kau okey ke?”
Aku membuat muka ceria.Menyembunyikan perasaan sebenar.Itulah aku, suka pendam perasaan sorang-sorang.Dan tak suka luahkan atau berkongsi dengan orang lain.
“Aku okey laa,”ucapku perlahan sambil mengukir senyuman selebar yang mungkin.
“Kau jangan sedih-sedih ye.Ada lagi orang yang setia menunggu kau. Encik Azit Al-Syafiq tu, sejak kau berhenti kerja, bukan main muram lagi muka dia.Hari-hari bertanyakan pasal kau.”
Berkerut dahiku.Azit Al-Syafiq, anak pemilik hotel tempat aku kerja sebelum ini.Apasal mamat tu tanya khabar aku? Bukan dia tak suka aku ke? Hari-hari aku kena buli dengan mamat tu.Tension gila siot.Aku kena buli.sebabnyaaa…
Aku membuat muka menyampah.
“Tak payah la cerita pasal Azit tu, tak suka laa.Harap muka je boleh tahan, tapi kerap membuli pekerja bawahan dia.Ingat dia orang atasan, boleh guna kuasa sesuka hati.Geram gila siot.”
“Salah kau jugak.”
Ternganga sedikit luas mulutku.
“Salah aku? Agak-agak la kau ni, kau sekarang kawan aku ke kawan dia.”
“Mesti la aku kawan dua-dua.hahakk.chill laa.lagipun aku tahu kenapa dia buli kau.”
Merah padam muka aku.
“Kau tahu? Apa yang kau tahu? Entah-entah kau serkap jarang je.Kau tahu dari mana ni? Setahu aku, aku tak kecoh pun dekat sapa-sapa?”ujarku agak gusar.
“Gelabah pulak kau ni.Itulah kau, suka sangat pendam masalah sorang-sorang.Cuba bercerita sikit, barulah kau rasa lega.Aku boleh jadi pendengar yang setia kau tahu.Biasalah aku tahu dari buah hati aku,Danial Irfan.Dia kan kamceng gila dengan Encik Azit.Mestilah dia tahu?Dan aku pun tahu.”
Spontan aku menepuk dahiku.Lupa.Macam manalah aku boleh lupa yang buah hati, Ira, berkawan rapat dengan Azit.Semestinya la Azit akan kecoh.Dia kan mulut kepoh.Suka kecoh.
Aku gelak sebab geli hati sampai terguling-guling atas lantai pun dia boleh kepoh dekat satu hotel.Inikan pulak kisah kekecewaan hati dia.huhu.
“Ermm so kau tahu la ni, kisah aku dengan Azit.”
Amera menganggukkan kepala.
“Aku tabik spring dekat kau.Berani ea kau tolak cinta dia, depan-depan orang ramai pulak tu.Kalau aku ada time tu, memang aku rakam habis peristiwa paling bersejarah tu.”
Aku hanya tersengih mengenangkan peristiwa memalukan itu.Iyalah, buang tabiat apa si Azit tu? Ingat aku tak tahu plan dia.Bukan main lagi konon-konon, dia nak jadikan aku suri hidup dia dengan bersaksikan orang ramai.Kalau aku terima, dia akan malukan aku dekat situ jugak.
Ini Arisya Nakihah laa.Tak semudah itu untuk mengkelentong aku.Nasib baik time dia nak buat plan jahat, dan bag dengan member-member tak betul dia, kebetulan aku ada dekat kawasan situ.Bila depa sebut je nama aku, memang besar la telinga aku dengar perbualan nak mengenakan aku tu.Mentang-mentang aku ni low profile sikit, ingat mudah nak kenakan aku.Silap arr si Azit ooii.Padan muka laa,hahaha..
“Tengok orang laa,”ucapku sedikit bangga.
“Tapi sejak hari tu, bukan main lagi dia buli kau cukup-cukup.Aku tengok dia pandang kau pun, macam tak puas hati je.Sebab tu kan kau resign.”
Aku hanya bermuka selamba.
“Taklah.Bukan sebab tu.Aku memang plan nak resign pun.Nak rest puas-puas sebelum cari kerja yang lain.”
“Ye.ye kau tu.Atau pun sebab kau nak layan kesedihan hati kau tu,”telah Amera.
Sedaya upaya aku cuba mengelak dari berbicarakan topik yang menyentuh perasaan aku.Aku belum bersedia untuk berkongsi dengan sesiapa lagi buat masa ini, walaupun dengan kawan sendiri.
“Hehh kau tak kerja ke hari ni.”cepat-cepat aku beralih topik.
“Aku ambik cuti.Bosan hari-hari si Azit tu tanya pasal kau.Biar satu hari ni, dia gelabah sikit,haha.”
“Pelik la dia tu, time aku depan mata bukan main lagi tunjuk muka menyampah.Tengok, bila aku hilang dari pandangan dia..hahh jadi cacing kepanasan tu.”
“Biasalah tu, manusia ni kalau dah ada depan mata tak hargai sangat, bila dah hilang baru sibuk nak cari.Cubalah kau bagi peluang dekat dia.Dia okey apa? Tak lah teruk mana.walaupun member-member dia semuanya bersosial, tapi dia tak.Dia pandai kawal hati dia.”
Aku menjeling muka Amera.Apa kes di puji Azit depan aku??Nak jual saham mamat tu apa?
“Kalau macam tu, kau je la ambik dia,”cadangku.
Terjerit kecil Amera. “Si Irfan tu aku nak campak mana.Lagipun Azit tu, memang dah terang lagi bersuluh sukakan kau.Dia buli kau tu, salah satu sebabnya mungkin nak tarik perhatian kau.Lelaki.Macam-macam la cara dia fikirkan nak tarik perhatian perempuan yang dia suka.”
Aku membuat muka bosan.
“Boring la cakap pasal mamat tu.Hujung minggu ni kau free tak.Jom pergi jalan-jalan dekat Sunway pyramid.Boleh jugak cuci mata.”
Amera mengetuk-ngetuk dahinya.
“Hujung minggu ni…Ermm rasa takde plan nak gi mana-mana.Okey jugak.Dah lama aku tak window shopping.”
“Cantikk.”ucapku riang.
SELESAI saja makan malam, aku lantas mengatur kaki ke bilik tidur.Malas berlama-lamaan di luar, nanti bermacam-macam soalan yang ditanya pada aku.Terutamanya pasal mata aku yang bengkak sedikit.Aku kalau menangis tak kira sedikit ataupun beria, mesti mata akan bengkak.
Netbook yang dibiarkan terbuka di atas meja, lantas di capai.Dan tanganku membuka chat antara aku dan Asyraf yang bacaannya tergendala beberapa hari lepas.Nasib baik aku teringat yang aku belum membaca chat itu sepenuhnya.
Mata terpaku pada skrin netbook, mencari bacaan yang aku tidak habis baca.
Chat bertarikh 12 March
Shah Al-Asyraf
- Aikkk?? Lain macam je maksudnya..,kakakaka..Kalau aku kata tak dok awek lagi kau percaya??
Arisya Nakihah
+Takde maksud apa2 pun.Saja tanya…tak dek..rasa macam tak percaya pulak!! Masih mencari ke?? or memilih… gurau je..,hihi
Shah Al-Asyraf
-Memang dah ramai kawan2 aku tanya pasal tuu..Kalau jawapan aku tak dok awek memang susah nak percaya..masih mencari larr..tak tahulah memilih ke takkk.aku kalau boleh nak cari yang betul2 ok dengan aku..saling memahami..aku kalau boleh tak nak kecewakan perasaan orang lain..,biar bercinta dengan jujur..
Kakakakaaa (terjiwang sudah)
Arisya Nakihah
+Bagus la macam tu.Bukan senang nak cari lelaki yang tak nak mainkan perasaan orang lain dan jujur..,tahulah budak2 sekarang kan?? Kalau lelaki ok,perempuan pulak buat hal..kalau perempuan ok, lelaki pulak buat hal., memang pelik!! Susah nak cari yang betul2 memahami, takde salah faham kan..
Ehh!! Nak tanya kau masih guna nombor fon lama ke??
Shah Al-Asyraf
-Memang aku setuju..pernah la alami sikit., kakakaaa., tak lah pelik tapi itu dugaan maaa.. memang susah larr., aku pun tak tahu sampai bile aku gini tak dok awek ..
A’ah aku masih gune nombor lama tu.. kau??
Arisya Nakihah
+Aku pun guna nombor yang lama tuu. Kau ada kan nombor aku?? Nanti kalau ada time free dan senang2 mesej je laa. Boleh la borak2..itupun kalau sudi laa.
Shah Al-Asyraf
-Nombor kau tu aku ada., aku memang simpan semua nombor kawan2 aku.. ok jerr..kalau mesej boleh jerr borak2..Kalau ada kredit la ye..,hehe..Insya-Allah
Kau pun mesej2 jer kalau free.Kalau aku tak busy aku balas lahh.
Arisya Nakihah
+Aku ok jer..Karang apa2 hal mesej aje lah..Sama gak, kalau ada kredit aku balas laa,Kalau tak simpan buat pekasam aje laa, hehe..Ok la nak out dulu.. good night & sweet dream..k
Shah Al-Asyraf
-k..k ..Insya-Allah..nytezzz
Chat bertarikh 26 April
Shah Al-Asyraf
+Salam Ari..Amacam sekarang?? Ada kat mana?? Hari tu (sebelum pergi rumah abang aku dekat kl), singgah rumah kau, mak kau cakap kau duduk rumah kakak kau kat kl..really??
Arisya Nakihah
+Hehehe.. kau pergi rumah aku ea?? A’ah aku kat rumah akak aku., saja nak ubah angin, jalan2..kau buat apa sekarang??
Shah Al-Asyraf
-Oh… Aku tengah main fb jer kowt..kikikiii
Arisya Nakihah
+Hahaha.. buat lawak pulak dia..
Kau kat mana tu?? Kat Kl ke sekarang??
Shah Al-Asyraf
-Ape lak?? Betul arr..
Macam mana orang boleh teka dengan betul ekk yang aku ada dekat kl sekarang..kekekekeee
Arisya Nakihah
+Entah aku pun tak tahu..Aku pakai teka je..hihihi
Dah alang2 ada dekat kl., jumaat minggu ni dah start pesta buku dekat pwtc kan..tak nak pergi ke??
Shah Al- Asyraf
-pwtc tuu?? Kakakaa
Aku tahu sangat tempat tuu..
Tengoklah macam mana..kau nak pergi ke??jom arr aku temankan..wakakakaa
Arisya Nakihah
+Niat nak pergi sana..Tapi akak aku bila suruh temankan, bukan main banyak lagi alasannya..Nampaknya melepaslah aku nak merasa pergi pesta buku besar-besaran, huhuhu..
Shah Al-Asyraf
-Lama pesta buku ni sampai 6/5 rasanya..
Cian kau.. jap2..akak kau duduk dekat area mana?? Damansara??
Arisya Nakihah
+Kalau dapat pergi kan best..Aku dah berangan nak borong banyak novel,hehehe..
Sekarang aku duduk dekat rumah akak aku dekat taman dato’ harun..
Akak aku yang lagi satu duduk dekat area situ2 jugak.tak jauh dari damansara.kalau nak pergi mana2 still lalu damansara..
Kenapa?? Kau dekat area situ ke??
Shah Al-Asyraf
-Owhh novel kegemaran yang diburu rupanya..patut arr..
..taman dato’ harun dekat area situ2 jugak ke?? Tak lah, abang ngah aku damansara perdana rasanya..
Aku sekarang duduk dekat rumah abang long aku,.kat sentul timur.Dekat jerr nak pergi pwtc pun.wakakaaa
Arisya Nakihah
+wahh best la kalau dekat.Akak aku kata dari rumah dia ke pwtc tak jauh mana..tapi problemnya datang dari akak aku sendiri..katanya tak suka pergi tempat ramai orang.,rimas.
Kalau pergi jalan2, sampai lenguh2 kaki sanggup pulak..sabar je la aku mendengarnya..
Shah Al-Asyraf
-Yesss.. memang dekat jerr.Aku keja dekat the mall dulu, depan pwtc larr.
Ohh tak jauh arr sangat??Mintak arrr akak kau temankan,.mintak hantar je ker..
Cari tarikh dia free..Aku boleh temankan kau dekat sana..,wakakaaa
Arisya Nakihah
+Serius boleh temankan..hahaha
Aku rasa tarikh free sabtu& ahad jeww kowt..Bestnya dapat jumpa penulis novel., dapat tandatangan dan bergambar pun best jugak..kalau dekat pesta buku ada diskaun 60%, best tuu..hehehe
Shah Al-Asyraf
-Tengok arr aku free ke tak..rasanya ok kowtt..betul ke nak aku temankan..wakakaaa
Apa2 nanti bagi tahu la.Aku boleh je temankan kau.Itupun kalau akak kau bagi laa.
Arisya Nakihah
+Ok..Nanti kalau aku comfirm nak pergi aku bagi tahu la dekat kau..Manalah tahu kita boleh jumpa dekat sanakan..ahahahaa
Shah Al-Asyraf
-Aku ok je kowt..Tak kisah.. Setakat teman kawan, takde hal lahh..kakakaa
“IRA, aku pergi rak belah sana jap tau. nak usyar-usyar novel jap.hehe..”
Amera sudah tergeleng kepalanya.
“Pantang nampak novel la kau ni, Ari. Jangan lama-lama pulak, kau tu bukannya aku tak tahu.Bila dah terpacak depan novel, bukan main lama lagi meniliknya.”
Aku hanya tersengih.
Lantas mengatur langkah, ke rak novel yang terletak di sudut buku-buku dan alat tulis, yang berada di sudut bertentangan dengan barang-barang keperluan rumah.Boleh meroyan kalau aku lama-lama dekat depan novel-novel ni.uhh syoknya.
Setelah hampir 30 minit, menelek satu per satu novel yang menarik perhatianku, aku pantas kembali ke tempat Amera membeli barangan rumah, bimbang sekiranya dia buat jahat tinggalkan aku sorang-sorang terkontang-kanting dekat sunway pyramid ni.
Mataku zoomkan hampir 50 peratus. Betul ke apa yang aku lihat.
Alamakkk?! gelabah aku dibuatnya.Kenapalah mamat tu, sibuk jugak jalan-jalan dekat sini.Takde tempat lain ke nak pergi.Jangan dia perasankan aku sudah.
Mukaku sedikit cemas dan timbul sifat curiga.
Apa Ira bisik-bisik dengan Azit tu? Mata siap pandang-pandang ke sekeliling lagi.Entah-entah Ira bagitahu Azit, yang aku ada dekat sini jugak.Tak boleh simpan rahsia la Ira ni.Sekeh laju-laju baru tahu.
Aku pantas terjenguk-jenguk dari sebalik rak yang dipenuhi dengan tepawer makanan dan bekas minuman yang pelbagai bentuk.Dalam sedang menyembunyikan diri, sempat aku perbesarkan telinga aku.Nak dengar perbualan yang mencurigakan itu.
“Encik Azit buat apa dekat sini? Window shopping jugak ke? Wauuu tak sangka Encik Azit pun minat shopping.”
“Taklah.saya temankan seseorang.Awak, Ira shopping sorang-sorang je ke.Bukan main banyak lagi memborong.”
Amera hanya tersengih melihat barang-barangnya yang memenuhi troli.Sekali sekala memborong.
“Ohh saya pergi dengan kawan.Dia ada dekat sebelah sana.Nak tengok novel katanya,”cerita Amera.
“Ingatkan shopping sorang-sorang.Enjoy ye..Saya gerak dulu.”Azit meminta diri.
Aku yang memasang telinga mendengar perbualan itu,mengeluh lega.Nasib baik Ira tak bukak cerita pasal aku.Aku sudah tersandar lega di depan tepawer.Nasib baik tak jatuh tergolek tepawer-tepawer tu.kalau tak buat malu je.
“Encik Azit tak nak tahu ke siapa kawan saya tu? Saya rasa Encik Azit mesti nak jumpa dia kan.Kalau firasat saya betullah..”
Azit yang baru beberapa tapak melangkah, kembali berpaling menghadap pekerja bawahannya itu.Macam ada sesuatu yang menarik pada pendengaran telinganya.
Aku sudah kembali cemas.Gusar pun ada.Mangkuk ayun punya member.Kalau dia bagi tahu aku ada dekat sini jugak, memang tanpa segan-silu aku sumbat muka dia dekat mangkuk tandas.Aku dah la tak nak jumpa Azit..Belum masanya lagi.
Aku pantas terjenguk-jengukkan wajah, pabila telinga tidak mendengar perbualan itu lagi.Kepala yang tidak gatal sudah tergaru-garu.Mana mereka berdua ni, tup tup, hilang macam tuu je.
Musykil hati aku.
“Awak tengah jenguk-jenguk apa tu? Jenguk saya dengan Ira ye.” Kedengaran satu suara menegurku dari arah belakang.
Jantungku mula berdegup dengan begitu kencang sekali.Terkejut.Dia nampak ke aksi spontan aku.Alamakkk?! Nak sorok muka dalam tepawer rasanya.
Spontan tangan kananku membelek-belek tepawer yang berada di depan mata.Berlakon sekejap.
Sempat aku menjeling sekilas dari ekor mata,kulihat Azit tersenyum kecil melihat aksiku.Ahhh apa aku kisah, janji tak kantoi.Walaupun sebenarnya dah terkantoi..
“Haii Encik Azit.shopping jugak,”sapaku saja berbasa-basi.kalau ikutkan hati mahu saja aku berlari dari sini.Biarlah kalau aksi kejar-mengejarku menjadi tontonan ramai.
“Awak apa khabar Ari? Awak buat saya dipanah rindu…Sehari tak menatap wajah awak, buat saya tak keruan.Inikan pulak sudah hampir sebulan lamanya.Awak buat saya menanti angan-anagn yang tak pasti.”
Mukaku sudah merah padam.Apa Azit merepek ni? Ekor mataku menjeling sekilas ke sekeliling.Bimbang kalau didengari oleh orang lain.
“Saya alhamdullilah sihat.Encik Azit pun saya tengok makin sihat.”
“Boleh tak awak jangan panggil saya Encik Azit, sakit telinga saya dengar.lagipun awak bukan pekerja bawahan saya dah.”
“Ohh.sori.Dah terbiasa,”sengihku.
“Kalau dah terbiasa, ubah kepada yang belum biasa.”
Aku hanya senyap tanpa membalas kata-katanya.
“Ermm, saya minta diri dulu Encik Azit..Erkk Azit.”Pantas saja aku mengubah panggilan dari Encik Azit kepada Azit, pabila matanya merenung tajam ke arahku.
“Tak sampai 5 minit kita berborak.,Ari dah nak tinggalkan saya.Sampai hati awak ye.”sayu kedengaran suara Azit.
Aduhhh!? apasal dia ni? Buang tabiat apa? Makin lama tak jumpa, makin tak betul aku tengok Azit ni? Berbeza sungguh ketika aku kerja dengan dia.Bila bercakap, bukan main lantang lagi, sampai aku terfikir nak cakap, ‘saya ni bukannya duduk berbatu-batu, jadi tak payah nak terjerit-jerit.’ Sekarang, bukan main lembut lagi dia cakap dengan aku.Perlahan aje.Tak dengar pun suara dia terjerit-jerit.Buat hati aku tergugat je.Aippp jangan terpengaruh Ari.Abaikan, abaikan..
“Azit you buat apa dekat sini? You kan teman I shopping.Jom, tolong I carikan barang.Citarasa you semuanya I berkenan.Jenuh, tau I cari you.Ermmm siapa that girl.”
Aku menjeling sekilas perempuan yang tergedik-gedik muncul antara aku dengan Azit.Kacau line sungguh.Yang Azit ni, bagi je perempuan gedik ni, berpaut dekat lengan dia.Sakit mata aku tengok.Uhh, geramnya.Cemburu ke aku? Sikit la.
Ahhh buat apa aku nak marah-marah.Bukannya aku dengan Azit ada apa-apa pun.Ohhh hati janganlah berubah kasih.
“Hai, saya Arisya, panggil Ari je.Nice to meet you.Saya dulu kerja bawah Azit.Sekarang tak dah.dah resign.”aku perkenalkan diri sebelum sempat Azit berbicara.Sengaja memaniskan muka.
‘Nice to meet you’ Aku cakap macam tu ke? Yerrkk nak termuntah aku dengar.Tak kenal pun takpe.Selak je, perempuan gedik ni aku tengok.Rambut macam sarang tebuan.Rasa nak tarik-tarik je.
“Ohh you dah resign rupanya patutlah….By the way I Natrah Alisya.Kami tengah beli hantaran kahwin sebenarnya.Nanti jemputlah datang kenduri kahwin I dan Azit.I sangat gembira kalau you dapat datang.Bila kad kahwin dah siap cetak, I akan pastikan you orang pertama yang menerimanya.”
Hatiku sedikit tersentak.
“Ohh, congratee.. semoga berbahagia.saya minta diri dulu.”
Aku lantas mengatur langkah meninggalkan dua merpati sejoli itu.Daripada lama-lama berada di situ, buat sakit hati aku je.
Bila aku sudah hampir boleh menerima seseorang dalam hidupku, dia pergi meninggalkan aku.Kenapa dia bagi harapan, kalau akhirnya aku yang kecewa..Aku benci kau Azit.Benci sangat.
“Ari, kau ok tak ni.Kenapa muka kau macam sedih je?”tegur Amera apabila aku menampak ke arahnya yang ligat membelek-belek makanan ringan.
“Ermm kau lama lagi ke nak beli barang.Aku ingat nak baliklah.Penat.”ujarku berdalih.
“Jap, aku pergi bayar dulu.Kau duduklah dulu kat mana-mana.”
“Ok, aku tunggu dekat restoran secret recipe tu.nanti jumpa dekat situ.”putusku lalu meninggalkan Amera yang menyorong trolinya ke kaunter pembayaran.
AKU melayan perasaan yang kacau-bilau, sampai menonton cerita Hindustan.Walaupun sudah hampir sejam cerita ditayangkan di skrin tv, tapi mindaku melayang-layang ke tempat lain.Semenjak peristiwa terserempak dengan Azit dan bakal isterinya,aku asyik teringatkan dia.Kenapa? Buntu fikiran aku.Mana perginya wajah Asyraf dari mindaku.Kenapa sekarang, wajah Azit yang mengambil tempat.kenapa? kenapa?
Aku termenung jauh.Mungkin sekarang Asyraf sedang bahagia dengan pilihan hatinya.Mungkin aku bukan yang terbaik untuk dirinya.Dan mungkin jugak aku dan dia hanya sesuai menjadi friend forever and ever. Aku kena tabahkan hati untuk menerima semua ini.Lagipun sekarang dia sudah jadi suami orang.Buat apa aku masih mengharapkan sesuatu yang jelas-jelas tidak akan aku gapai sampai bila-bila.
Tapi, bila aku sedaya upaya boleh menerima insan lain, kenapa dia buat hati aku merana..Azit.Ahhhh.
“Pergi.pergi…Aku tak nak tengok muka kau.Aku benci kau.pergi!!”
“Ishh budak sorang ni.Dah besar panjang pun mengigau lagi.Ari..bangunlah.”Amera menggoncang-goncang tubuhku yang tidur menelentang di atas sofa.
“Pergilahhh sial..,Jangan kacau aku.”
“Aik dia ni, macam tahu-tahu je aku tengah kacau dia.hahhh.aku tahu nak buat apa?”
Amera lantas mencuit-cuit telapak kaki Arisya.Membuatkan Arisya yang tengah tidur sambil mimpikan Azit, menggeliat kegelian.
“hahaha…gelilah.”gelak Arisya sambil terpisat-pisat bangun dari tidur apabila terasa ada tangan seseorang menggeletek telapak kakinya sehingga mengganggu tidurnya.
“Apa kau ni Ira? Aku tengah tidur, boleh pulak main geli-geli dekat kaki aku.”rungut Arisya.Mulut yang ternganga luas akibat menguap ditutup dengan belakang telapak tangan.
“Jenuh aku kejutkan kau.tak bangun-bangun.Pulak tu, dok mengingau je kerjanya”cerita Amera.
Mulut Arisya sedikit terlopong.Aku? Mengigau? Biar betul.Aikk sejak bila aku mengigau ketika tidur ni.ermm, pelik-pelik.
“Mana adalah..Setahu aku, aku tidur dengan aman tadi.Eh, jam pukul berapa ye?!”tanya Arisya, lantas mata melirik ke jam dinding yang tergantung di sudut tengah ruang tamu.
Dah asar.Lama jugak aku tidur.Bukan tadi aku tengah melayan cerita Hindustan ke? Ermm, boleh pulak tertidur.
“Ermm kau buat apa ni ceroboh rumah aku.Mentang-mentang aku sorang je ada dekat rumah sekarang ni.”
“Hahh bersyukurlah aku yang ceroboh rumah kau.kalau orang lain tak ke naya.Dengan pintu ternganga luas.kau ni saja bagi chance pencuri masuk.dah tu sedap je tidur.Bahaya sungguh.” tergeleng-geleng kepala Amera.
Aku hanya tersengih.
“Jap, aku nak solat asar dulu.Kau tengok la tv dulu.kalau nak minum ke, makan ke.layan diri sendiri ye.Kau tu kan muka tak tahu malu.”sempat aku mengutuk Amera sebelum melangkah laju ke bilik tidurku..
“Ciss sempat lagi kutuk aku, muka tak tahu malu,”rungut Amera sendirian.
Selesai saja mandi dan menunaikan solat asar, aku mengatur langkah ke ruang tamu.Amera ku lihat sedang berbaring dia atas sofa sambil menguyah mister potato.Dan matanya terpaku pada skrin tv.Buat macam rumah sendiri je dia ni.
“Apa cer?”tanyaku setelah mengambil duduk di atas lantai sambil belakang badanku bersandarkan sofa yang dibaring oleh Amera.
“Ohh, aku datang sini, nak ajak kau teman aku pergi rumah Irfan.Esok, rumah dia ada buat majlis sikit.Sambut birthday anak buah a.k.a anak saudara dia yang kembar tu.”
Aku terdiam sejenak.Berfikit-fikir.Wajarkah aku pergi.
“Ermm boleh jugak.Aku pun boring asyik terperap je dekat rumah,”putusku tanpa berfikir sampai rentung.
“Cantikkk!? Ada jugak teman.Itulah kau bila aku suruh cari kerja, bukan main lagi cakap nak rest cukup-cukup.Dah dekat tiga bulan kan kau menganggur.”
Aku hanya tersengih. “Nanti-nantilah…”
“EH, Ira kenapa Azit datang jugak.Kau ajak dia ke?”
Amera yang sedang menuang air oren ke dalam gelas, memaling muka sekilas ke arah Azit yang baru melangkah ke dalam rumah buah hatinya,Danial Irfan.hakhakk
Bahunya dijungkit sedikit ke atas. “Entahh.Aku tak tahu pulak Encik Azit datang.Tadi tak nampak pulak muka dia dekat hotel.Mungkin Irfan yang jemput.”
Aku sudah membuat muka.Tak suka.Mana aku nak menyorok ni.
“Auntie.auntie.” Fikiranku yang menerawang mencari jalan untuk menyembunyikan diri, tersentak apabila lengan baju kurungku ditarik oleh seorang anak kecil perempuan lebih kurang 5 tahun.
Aku pantas merenung muka comel itu. “Ye ada apa,”tanyaku lembut.
Sempat aku perasan, dia tangan anak kecil itu tergenggam belon berbentuk hati, yang tertulis sesuatu diatas belon itu.
“Ini belon untuk Auntie.Uncle handsome tu yang bagi.”mulut anak kecil itu sudah memuncung ke satu arah.
Mataku menyorot mengikut muncung itu, mencari siapakah gerangannya?
Terkedu aku seketika.Azit Al-Syafiq.Dia tersenyum penuh makna, sambil merenungku tanpa berkelip.Pantas anak mataku beralih ke tempat lain.Malu bertentangan mata.
“Terima kasih,”ucapku lalu menggengam erat tali belon berbentuk hati itu.Mukaku tersipu menahan malu.
“Wahhh so sweet la, Encik Azit tu.Tak sangka kan.Nampaknya dia dah berjaya.”
“Merepeklah kau ni.”dalihku.
Amera tersenyum penuh makna memandang aksiku yang khusyuk meneliti tulisan yang tertulis di belon itu.
Lantaklah dia nak fikir apa pun, apa aku kisah.
-saya pasti kebahagiaan saya ada bersama awak.dan awak telah mencuri hati saya., kalau awak terima belon ini maknanya awak terima saya.kalau betul telahan saya, Alhamdullilah.-Azit Al-Syafiq.
“Betul ke apa yang saya fikirkan sekarang ini?”tanya Azit.
Aku yang sedang melayan perasaan di luar rumah sambil merenung kolam buatan sendiri di halaman tepi rumah buah hati, Amera sedikit tersentak.Bila masa dia muncul? Buat terkejut je..huhu
Aku hanya tersenyum.Malu untuk berbicara.
“Awak buat saya tertanya-tanya?”
“Awak yang buat saya tertanya-tanya?”tanyaku soalan yang sama tetapi ditujukan kepada dirinya.
Azit berdiri sedikit jauh dari tempatku berdiri.Mungkin tak nak timbul syak wasangka orang lain.Suka, dengan sikapnya ini.
“Apa yang awak tertanya-tanya? Insya-ALLAH saya akan jawab dengan sebaik mungkin.”
“Bukan ke awak akan berkahwin dengan perempuan yang saya jumpa dekat sunway pyramid dua bulan lepas.”
“Hahahaa….”Azit ketawa seronok.Berkerut dahiku.Apa yang lawak? Aikkk nak kena humban dalam kolam ni ke?desisku geram.
“Awak ingat lagi rupanya.Ermm mesti awak cemburu kan.”teka Azit dengan senyuman nakal.
Aku menjelingnya sekilas. “Serius boleh tak..”kataku tidak senang.Tidak suka diteka aku cemburu.Kerana memang itu hakikatnya.Tapi, aku malu mengakui kebenaran yang jelas tergambar di ruang mataku.
“Ermm sebenarnya, sepupu saya tu saja cakap macam tuu.Jangan ambik serius kata-kata sepupu saya tu.Itu hanya lakonan dia semata-mata.Dia nak sakitkan hati awak je.”cerita Azit serba ringkas.
Berkerut dahiku.Sakitkan hati aku.Memang berjaya pun.Terima kasih lah kerana berjaya buat aku sakit hati dengan aksi tergedik-gediknya itu.Sakit pulak hati kita ni.huhhh
“Apa maksud awak dia nak sakitkan hati saya?”tanyaku pelik.
Tak betul apa sepupu Azit ni.Kenal pun tak, tetiba je.
“Sebab dia ingat, awaklah punca saya asyik termenung.Mengelamun teringatkan seseorang yang jauh di mata tapi dekat di lubuk hati….”
“Saya pulak kena.Siapa suruh awak teringatkan orang tuu,”ujarku.Ayat di hujung kata sengaja dilerekkan.
Azit tersenyum manis.
Geram tengok lesung pipit dekat pipi dia.Nampak comel sangat.
“Iyalah orang tuu jual mahal. mana tak geram hati kita ni.”
“Awak yang mula dulu,”ujarku tidak mahu mengalah.
“Okey!? okey!? saya salah.so, awak sudilah simpan hati saya ni,”tanya Azit.Tangannya memegang belon berbentuk hati yang berada di depan mataku.
Aku hanya tersenyum tanpa kata.Mungkinkah aku telah temui kebahagiaan.Terima kasih YA ALLAH.
SETAHUN KEMUDIAN.
“ANIS tengah buat apa tu? Tengok macam tengah stress je,”tegurku.Lantas mengatur langkah ke tengah rumah.Dan mengambil tempat duduk bertentangan dengan Anis, adik bongsu Azit.
“Ohh nasib baik kak Ari ada.Tolong Anis ni.Esok cikgu kimia Anis nak tanya symbol-symbol ion positif dan negative. dari tadi Anis menghafal, tak masuk-masuk.Tak suka laa.”rengek Anis dengan suara manja.Walaupun sudah meningkat usia 16 tahun, perangai manja tetap tidak berubah.Anak bongsulah katakan.
Aku menjeling buku note yang diunjukkan ke arahku.
“Ohhh dulu masa kak Ari sekolah, nak ingat nama symbol-symbol ni.ada formulanya.”
“Hahh cepatlah bagitahu Anis apa formulanya?”gesa Anis.
Aku mengambil sehelai kertas dan mencapai pensel tekan lalu menulis sesuatu.
Ion positif
Kalau-Kalium (K+)
Nak –Natrium (Na+)
Kahwin-Kalsium (Ca2+)
Mesti-Magnesium (Mg2+)
Ada-Aluminium (Al3+)
Zakat-Zink (Zn2+)
Fitrah-Ferum (Fe2+)
Supaya-Tin (Sn2+)
Perkahwinan-Plumbum (Pb2+)
Hairi-Hidrogen (H+)
Kuat-Kuprum (Cu2+)
Ion Negatif
Farid- Fluoride(F-)
Suruh-Sulphate
Noni-Nitrate
Cari-Chloride(Cl-)
Burung-Bromide(Br-)
Ingat-Iodide (I-)
Orang Hutan-Hydroxide (OH-)
Setelah siap menulis formula ringkas yang mudah untuk mengingat, aku memberikan kertas itu kepada Anis.
“Hahh cuba tengok formula ni, mudah ingat tak.”
Anis sudah tersenyum gembira.
“Nasib baik kak Ari ada.Kalau tak habislah Anis kena rotan dengan cikgu esok.Untunglah abang kahwin dengan kak Ari,”puji Anis.
Aku hanya tersenyum.Ada-ada saja adik iparku ini.
Sudah hampir setahun aku mendirikan rumahtangga bersama Azit Al-Syafiq.Aku bahagia dengan kehidupanku sekarang.
MATAKU terpaku pada skrin tv yang menayangkan cerita bollygood ‘3 idiots’.Seronok cerita ini.Sungguh menarik perhatianku.
Dalam khusyuk menghayati, cerita ‘3 Idiots’, tanpa semena-mena mataku ditutup oleh seseorang.Terjerit kecil aku.
Aku tersenyum apabila menyentuh tangan itu.Aku tahu siapa?
“Nakal ea?! Janganlah ganggu, Ari nak tengok cerita ni.Best tau.”
Azit tersenyum manis.Lalu mengambil tempat disisiku.
“Suka sangat sayang abang ni layan cerita Hindustan.Tak pernah ketinggalan pulak tu.”
“Mestilah.,”ucapku bangga.
“Terima kasih sayang,”ucap Azit manja di pendengaran telingaku.
“Terima kasih.For what?”tanyaku pelik.
“Kad ini..”diunjukkan kad kecil yang berbentuk hati di hadapanku.Lantas aku mencapai kad kecil itu, dan membaca coretan ringkas yang tertulis di dalamnya.
-terima kasih kerana berjaya membuka pintu hati saya untuk menerima diri awak.kasihku hanya untukmu-sayang awak ketat-ketat..hehe
Aku tersenyum malu membaca coretan yang aku tulis khas buat dirinya, insan yang aku sayang untuk selamanya.
~Nama Pena: Faiza-Sima~
No comments:
Post a Comment