Thursday, 8 November 2012

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) untuk Bujang - RM250 dan Ketua Isi Rumah - RM500


Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 boleh dilakukan secara online dengan merujuk kepada laman web Kementerian Kewangan atau menggunakan borang yang boleh didapatkan mulai  1 November 2012. Bagi permohonan secara manual borang BRIM permohonan boleh di dapati di:

    • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
    • Pejabat Daerah  
    •  Jabatan Pembangunan Persekutuan  
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat 
    • Jabatan Penerangan 
    • Permohonan Online boleh dibuat di http://www.treasury.gov.my (KLIK SINI) atau  www.hasil.gov.my (KLIK SINI)
         
        Contoh Borang BRIM 2.0
      Untuk Borang Yang Lengkap KLIK SINI



      Bantuan untuk kali kedua ni juga terbuka kepada orang bujang yang berumur 21 tahun ke atas berbanding sebelum ni yang hanya untuk Ketua Isi Rumah sahaja yang mendapat RM500.

      BRIM 2.0  untuk Bujang RM250

      Bagi individu bujang berumur 21 tahun keatas pendapatan hendaklah  RM2000 ke bawah untuk layak dapat bantuan RM250. Ni syarat untuk bujang:

      Individu (Bujang)
      Syarat
      Bantuan RM250
      • Warganegara Malaysia
      • Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan
      • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
      • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250

      Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan dokumen berikut:
      • Salinan kad pengenalan
      • Penyata/slip gaji bagi pemohon yang menerima gaji

      BRIM 2.0 untuk RM500 (Ketua Isi Rumah)

      Untuk Ketua Isi Rumah pula,penerima sebelum ini yang layak tidak lagi perlu mendaftar untuk kali kedua.Ini kerana mereka telah layak secara automatik. Untuk yang belum daftar lagi syarat permohonan seperti ni:

      Isi Rumah
      Syarat
      Bantuan RM500
      • Warganegara Malaysia
      • Berpendapatan kasar RM3,000 sebulan ke bawah
      • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
      • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah. 


      Definasi Ketua  Isi Rumah

      Ketua Isi Rumah : Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
      • Berkahwin
      • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
      • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)
      Untuk siapa yang tidak faham maksud isi rumah boleh tengok gambar kat bawah ni seperti yang diterangkan oleh pihak MOF (http://www.treasury.gov.my) :

       


       Sumber : MOF



      Kalo ada soalan atau tak paham boleh tanya dekat  email : br1m2@treasury.gov.my atau menghubungi talian hotline 1-800-222-500 yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat bermula 1 November 2012.

      So untuk mereka yang layak, apa tunggu lagi jangan lupa mohon......

      No comments:

      Post a Comment